ππππππππ πππππππππππ ππππππππ ππππ ππ-ππ
KUALA MUDA, 01 November 2026 (Ahad) – Puan Hajjah Sharifah Norulasyikhah Binti Syed Mohamad telah menghadiri Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) di Dewan Tunku Permaisuri Hajjah Haminah, UniShams.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah Darul Aman merangkap Canselor UniSHAMS berkenan mencemar duli menyempurnakan Pengisytiharan Istiadat Konvokesyen serta menyempurnakan majlis penganugerahan ijazah sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muβadzam Shah (UniSHAMS) Kali Ke-28 (Sidang Pertama).
Dalam sidang berkenaan, Baginda Tuanku Sultan turut berkenan mengurniakan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kewangan dan Perbankan Islam kepada Tan Sri Datoβ Seri Azman Hashim, selain menyampaikan ijazah kepada 81 orang graduan.
Secara keseluruhannya, Istiadat Konvokesyen UniSHAMS Kali Ke-28 meraikan seramai 1,039 orang graduan yang berjaya menamatkan pengajian dalam pelbagai bidang. Kejayaan ini bukan sahaja menjadi detik bermakna buat para graduan, malah turut menjadi kebanggaan buat ibu bapa, keluarga serta seluruh warga universiti yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada perjalanan menuntut ilmu.
Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah.
Hadir sama mengiringi keberangkatan Baginda Tuanku Sultan ialah YAB Menteri Besar Kedah, Datoβ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor; Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Datoβ Seri Norizan Haji Khazali; Mufti Negeri Kedah, Sohibus Samahah Datoβ Paduka Sheikh Fadzil Haji Awang; barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) serta kenamaan lain.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh graduan UniSHAMS. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan untuk terus melakar kejayaan, menyumbang kepada pembangunan ummah serta berbakti kepada agama, bangsa dan negara.



Views Today : 1368
Total views : 4774594



