PROGRAM RIDE KASIH DAN JALINAN MUHIBAH PEGAWAI DAERAH KULIM BERSAMA MASYARAKAT KULIM (SIRI KETIGA)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KULIM, 11 November 2026 ( Rabu) – Program RIDE KASIH, Pegawai Daerah Kulim Bersama Masyarakat Kulim (Siri Ketiga), telah berlangsung seawal jam 8.30 pagi dari Pejabat Daerah dan Tanah Kulim, dengan penyertaan sebahagian warga pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Kulim. Program ini melibatkan lawatan ke lima buah mukim di Daerah Kulim, iaitu Mukim Keladi, Mukim Lunas, Mukim Bagan Sena, Mukim Karangan dan berakhir di Mukim Mahang. Pada sesi sebelah pagi, Pegawai Daerah Kulim telah menziarahi warga emas serta masyarakat Daerah Kulim yang terlantar sakit, di samping menyampaikan sumbangan ihsan kepada masyarakat yang memerlukan. Program turut memberi ruang kepada Pegawai Daerah Kulim untuk beramah mesra dan berinteraksi secara langsung bersama masyarakat di kelima-lima mukim yang dilawati.Saya bersama seluruh warga pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Kulim mendoakan agar seluruh masyarakat Daerah Kulim sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan serta dipermudahkan segala urusan kehidupan. Pada sesi sebelah petang pula, Program JALINAN MUHIBBAH Pegawai Daerah Kulim bersama Pengerusi dan Setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) telah dilaksanakan di lima buah mukim yang sama, iaitu Mukim Keladi, Mukim Lunas, Mukim Bagan Sena, Mukim Karangan dan Mukim Mahang.








Views Today : 2387
Total views : 4788042



