πŠπŽππ•π„ππ’π˜π„π 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π π–π€π“πˆπŠπ€π‡ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŠπ„π“π”π€ πŠπ€πŒππ”ππ† (𝐌𝐊𝐊) ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ’

πŠπŽππ•π„ππ’π˜π„π 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π π–π€π“πˆπŠπ€π‡ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŠπ„π“π”π€ πŠπ€πŒππ”ππ† (𝐌𝐊𝐊) ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ’

 

π—šπ—˜π—₯𝗔𝗑 π—₯π— πŸ­π—π—¨π—§π—” π—£π—˜π—₯π—žπ—”π—¦π—” π—žπ—’π— π—¨π—‘π—œπ—§π—œ π—Ÿπ—¨π—”π—₯
Kuala Ketil, 21 April 2024 – Kerajaan negeri Kedah mengumumkan pemberian geran sebanyak RM 1 juta kepada Majlis Ketua Kampung (MKK) negeri Kedah.Keputusan itu dibuat sebahagian daripada usaha memperkasakan kegiatan komuniti di peringkat kampung.
Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata geran itu disediakan khusus untuk membolehkan MKK mengadakan pelbagai program kemasyarakatan, keceriaan, atau kebersihan di dalam komuniti masing-masing.
Dengan peruntukan tersebut, MKK dijangka dapat menggerakkan masyarakat luar bandar melalui inisiatif-inisiatif yang sesuai dengan keperluan setempat.Langkah itu menurut Sanusi mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memperkukuhkan peranan dan penyertaan masyarakat dalam pembangunan serta kemajuan negeri.
β€œDengan peruntukan kewangan ini, diharapkan tuan-tuan dan puan-puan boleh menggerakkan masyarakat luar bandar melalui pelbagai program yang bersesuaian di kampung masing-masing,” katanya.
Demikan pengumuman beliau ketika merasmikan Konvensyen dan Majlis Penyerahan Watikah Majlis Ketua Kampung (MKK) di Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah UniShams, Kuala Ketil, hari ini.
Penyerahan watikah pelantikan MKK itu melibatkan 2480 orang pengerusi dan Setiausaha termasuk kampung baharu Cina.
Sementara itu, beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan telah merangka pelbagai program untuk membantu golongan B40 dan golongan miskin tegar.
Antara program yang telah diperkenalkan ialah program Permataku Sejahtera, Basmi Miskin Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) dan pelbagai bantuan peralatan perniagaan serta sara hidup kepada yang layak.Tambahnya lagi, seramai 80 orang peserta telah menyertai program berkenaan dengan kos perbelanjaan sebanyak RM1.26 juta.“Empat orang penerima ‘vending machine’ dan 15 orang penerima bantuan tambahan RM350 sehingga RM850 setiap bulan melalui program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).
β€œPihak kerajaan negeri sentiasa bersedia dalam memberi dan menyampaikan perkhidmatan yang terbaik dalam isu-isu yang melibatkan pembangunan dan kesejahteraan rakyat negeri Kedah,” ujarnya.