π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ π€πˆπ‘ π’π„πƒπ”ππˆπ€ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ’

π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ π€πˆπ‘ π’π„πƒπ”ππˆπ€ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ’

23 April 2024 ( SELASA )
π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ π€πˆπ‘ π’π„πƒπ”ππˆπ€ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ’
Lembaga Sumber Air Negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah pada 22 April 2024 (Isnin) bermula jam 7.00 pagi bertempat di Dataran Bandar Baharu, Bandar Baharu Kedah
Program yang bertemakan ‘Air Untuk Keamanan’ telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali, Pegawai Daerah Bandar Baharu Tuan Mohd Noor Ismail, ADUN Bandar Baharu YB Dr Mohd Suffian Yusoff, Pengarah Sumber Air Negeri Syed Amaluddin Hafeez Syed Musa, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) Tuan Fauzul Fitri Bin Dato’ Haji Abdul Rahman, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Tuan Mohamad Izwan Bin Dato’ Paduka Mohd Omar, Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah) Tuan Zulfadzrin Bin Noor Din Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) Cik Siti Nur Atikah binti Mokhtar, Ketua-ketua Jabatan dan agensi.
Antara aktiviti yang diadakan ialah Pameran Mini, LSANK Buddies, River Cruise dan Aktiviti Sukan Rakyat yang merangkumi lima acara utama iaitu isi air di dalam botol, boling kelapa, terompah gergasi, tarik tali, pukul bantal serta cabutan bertuah.
Program ini juga disertai oleh beberapa agensi lain seperti Syarikat Air Darul Aman (SADA), Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK), Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah (PTG), Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Kedah (PLANMALAYSIA@KEDAH), Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah (JAS), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB) dan Jabatan Mineral Dan Geosains (JMG).
Diharapkan melalui kerjasama antara agensi kerajaan dan NGO dapat meningkatkan kesedaran rakyat akan pentingnya menjaga sumber air negara bagi melindungi ekosistem serta kesihatan manusia.