๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐Œ๐”๐ƒ๐€ ๐Š๐„ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ˆ๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐Œ๐”๐ƒ๐€

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐Œ๐”๐ƒ๐€ ๐Š๐„ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ˆ๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐Œ๐”๐ƒ๐€

KUALA MUDA, 12 Oktober 2026 (Isnin) โ€“ Puan Hajah Sharifah Norulasyikhah binti Syed Mohamad, Pegawai Daerah Kuala Muda, telah mengadakan lawatan kerja ke dua buah projek pertanian di Daerah Kuala Muda bagi meninjau perkembangan, pengurusan serta potensi perusahaan pertanian dan produk tempatan.

๐Ÿ‡ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐€๐๐†๐†๐”๐‘ ๐”๐๐ˆ๐ ๐…๐‘๐”๐ˆ๐“๐’ ๐…๐€๐‘๐Œ, ๐Œ๐”๐Š๐ˆ๐Œ ๐†๐”๐‘๐”๐
Lawatan pertama adalah ke Projek Anggur UniQ Fruits Farm di Mukim Gurun. Ketibaan Pegawai Daerah Kuala Muda telah disambut oleh wakil pengurusan projek berkenaan.
Sepanjang lawatan, Pegawai Daerah telah diberikan taklimat mengenai pengurusan tanaman anggur yang merangkumi aspek sistem pengairan, pembajaan, kawalan perosak dan penyakit tanaman serta strategi pemasaran hasil pertanian. Lawatan ini turut memberikan pendedahan mengenai pengurusan dan potensi pembangunan industri tanaman anggur di daerah ini.

๐ŸŒฟ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐๐„๐Œ๐๐‘๐Ž๐’๐„๐’๐€๐ ๐Š๐„๐“๐”๐๐€๐“ ๐ƒ๐€๐ ๐‡๐„๐‘๐๐€ โ€œ๐Œ๐€๐Š ๐Š๐”๐๐“๐”๐Œโ€, ๐Œ๐”๐Š๐ˆ๐Œ ๐’๐ˆ๐Œ๐๐Ž๐‘
Lawatan diteruskan ke Projek Pemprosesan Ketupat dan Herba โ€œMak Kuntumโ€ di Mukim Simpor. Ketibaan Pegawai Daerah Kuala Muda telah disambut oleh pihak pengurusan projek berkenaan.
Dalam lawatan tersebut, Pegawai Daerah telah diberikan taklimat berkaitan proses pengeluaran, kaedah pembungkusan, kawalan kualiti serta strategi pemasaran produk. Perusahaan ini mencerminkan potensi industri pemprosesan makanan dan produk tempatan dalam menjana ekonomi serta memperluas peluang keusahawanan masyarakat setempat.
Turut hadir bersama ialah Cik Rohaya binti Mat Nor, Pegawai Pertanian Daerah Kuala Muda; Encik Zulhissam bin Yaakob, Penghulu Mukim Gurun; Encik Mohammad Sani bin Saari, Penghulu Mukim Simpor; serta warga kerja Pejabat Daerah Kuala Muda dan Pejabat Pertanian Daerah Kuala Muda.Diharapkan lawatan kerja ini dapat memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan dan pengusaha tempatan, di samping mengenal pasti potensi serta peluang untuk memperkasa sektor pertanian dan industri hiliran di Daerah Kuala Muda.
advanced-floating-content-close-btn