MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM KESELMATAN SIBER (PERISAI SIBER MUDA) PERINGKAT DAERAH KULIM TAHUN 2026

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM KESELMATAN SIBER (PERISAI SIBER MUDA) PERINGKAT DAERAH KULIM TAHUN 2026

 

KULIM, 12 OKTOBER 2026 (ISNIN) – Pegawai Daerah Kulim telah hadir bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Keselamatan Siber Belia (Perisai Siber Muda) Peringkat Daerah Kulim Tahun 2026 yang berlangsung di Kulim Central.Turut hadir ialah Puan Hajjah Zuraini binti Mohd Yusof, Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah.Program anjuran Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah ini merupakan inisiatif pencegahan awal bagi meningkatkan kesedaran dan melindungi golongan belia daripada ancaman keselamatan siber yang semakin meningkat. Program ini juga bertujuan membentuk generasi muda yang celik digital serta mengamalkan penggunaan internet secara sihat, selamat dan bertanggungjawab, di samping menghormati hak serta privasi pengguna lain dalam ekosistem digital.Diharapkan program ini dapat memperkukuh pengetahuan dan kesedaran golongan belia terhadap kepentingan keselamatan siber, sekali gus melahirkan komuniti digital yang beretika, berhemah dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran dunia digital masa kini.
advanced-floating-content-close-btn