𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐒𝐔𝐍𝐀𝐌𝐈 𝐑𝐔𝐍/𝐖𝐀𝐋𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐍𝐈 𝐒𝐏𝐎𝐑𝐓𝐒 𝐅𝐄𝐒𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕
KUALA MUDA, 23 November 2026 (Isnin) – Puan Hajjah Sharifah Norulasyikhah Binti Syed Mohamad, Pegawai Daerah Kuala Muda, telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Program Tsunami Run/Walk 2026 dan Sungai Petani Sports Fest 2026/2027 yang berlangsung di Bilik Gerakan, Blok C, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda (PDTKM).
Untuk makluman, Program Tsunami Run/Walk 2026 dijadualkan berlangsung pada 05 Disember 2026 (Sabtu) bertempat di Galeri Tsunami, Kota Kuala Muda. Program ini bakal menampilkan dua aktiviti utama iaitu larian Fun Run sejauh 7 kilometer (7KM) dan Fun Walk sejauh 3 kilometer (3KM). Selain itu, Sungai Petani Sports Fest 2026/2027 yang julung kali dianjurkan bakal berlangsung pada 30 Disember 2026 hingga 03 Januari 2027 bertempat di Dataran Jam Besar, Sungai Petani. Penganjuran festival sukan ini bakal menampilkan pelbagai pengisian menarik antaranya Kuala Muda Berselawat, Kuala Muda Night Run/Walk, Street Soccer, Sepak Raga Tuju, Muay Thai, Mr. Gusti Lengan dan Bola Jaring Shooting. Turut memeriahkan festival ini ialah jualan pelbagai barangan sukan serta penyertaan vendor makanan yang pastinya menawarkan pengalaman menarik kepada para pengunjung.
Mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras perancangan, persiapan dan pelaksanaan kedua-dua program agar berjalan lancar serta mencapai objektif penganjuran dalam menggalakkan penglibatan masyarakat menerusi aktiviti sukan, riadah dan rekreasi.
Turut hadir, En. Mohammad Iqbal bin Zainal Abidin, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal); En. Muhd Hairee bin Mohkatar, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran dan Kewangan); penghulu-penghulu mukim Daerah Kuala Muda serta warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.



Views Today : 1641
Total views : 4806120



