𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐔𝐋𝐈𝐇𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐘𝐀 𝐋𝐀𝐔𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐒𝐈, 𝐖𝐄𝐓𝐋𝐀𝐍𝐃𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐎𝐍𝐀𝐒
KUALA MUDA, 23 November 2026 (Isnin) – Puan Hajjah Sharifah Norulasyikhah Binti Syed Mohamad, Pegawai Daerah Kuala Muda, telah mempengerusikan Mesyuarat Projek Pemuliharaan Paya Laut bersama pihak agensi berkaitan, Wetlands dan Yayasan PETRONAS yang berlangsung di Bilik Gerakan, Blok C, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda (PDTKM).
Mesyuarat tersebut membincangkan serta meneliti pembentangan pelan tindakan dan gerak kerja yang dirancang oleh pihak Wetlands dan Yayasan PETRONAS bagi melaksanakan usaha pemuliharaan ekosistem paya laut di Daerah Kuala Muda.
Inisiatif ini diharap dapat memperkukuh kerjasama strategik antara agensi kerajaan, pihak korporat dan organisasi berkaitan dalam memastikan kelestarian ekosistem paya laut, di samping memelihara khazanah alam sekitar untuk manfaat generasi akan datang.
Turut hadir, En. Mohammad Iqbal bin Zainal Abidin, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal); En. Muhd Hairee bin Mohkatar, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran dan Kewangan); En. Badruel Nizam, Penghulu Mukim Kuala/Haji Kudong serta warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.



Views Today : 1614
Total views : 4806093



