𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐇𝐈𝐁𝐁𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐇𝐈𝐁𝐁𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀

KUALA MUDA, 15 Julai 2026 (Rabu) – Pegawai Daerah Kuala Muda Puan Hajjah Sharifah Norulasyikhah Binti Syed Mohamad telah menghadiri Program Kunjungan Muhibbah DiRaja di Jeti Semeling, Daerah Kuala Muda.

Program ini diserikan dengan Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah & Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Puan Muda Kedah serta anakanda. Turut bersama dalam program ini Keberangkatan KeBawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang.

Program Lawatan Muhibbah DiRaja dimulakan dengan aktiviti penanaman Pokok Bakau di Kompartment DiRaja. Selepas itu diteruskan dengan aktiviti menelusuri Sungai Merbok serta beberapa taklimat di Sekitar Galeri Di jetti Semeling.
Turut hadir bersama Pegawai-pegawai Tadbir Negeri Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Muda serta Warga Kerja Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Muda.
advanced-floating-content-close-btn