MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN MEMBANTERAS DADAH (MTMD) PERINGKAT DAERAH KULIM BILANGAN 1 TAHUN 2026

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN MEMBANTERAS DADAH (MTMD) PERINGKAT DAERAH KULIM BILANGAN 1 TAHUN 2026

 

KULIM, 20 Julai 2026 – Pegawai Daerah Kulim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD), Peringkat Daerah Kulim, Bilangan 1, Tahun 2026, yang diadakan di Bilik Mesyuarat PUSPEN Karangan, Kulim.Mesyuarat MTMD, Peringkat Daerah Kulim ini, memainkan peranan cukup penting sebagai jentera penyelarasan pelaksanaan dasar, pelan tindakan, strategi dan program membanteras gejala dadah di peringkat daerah dan juga memastikan pendekatan secara holistik digunakan dalam memerangi masalah dadah dengan menyatukan sumber dan kepakaran pelbagai pihak di peringkat akar umbi.Terima kasih diucapkan kepada YB ADUN, YB Ahli Parlimen, Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan,Penghulu Mukim dan juga Urusetia AADK Daerah Kulim yang mengatur urus mesyuarat pada hari ini. Semoga dipermudahkan segala urusan.
advanced-floating-content-close-btn