SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT DAERAH PADANG TERAP TAHUN 2023

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT DAERAH PADANG TERAP TAHUN 2023

14 Oktober 2023
Telah berlangsung Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Padang Terap Tahun 2023 yang diadakan di Sekolah Menengah Agama Al Khairiah, Mukim Pedu, Kuala Nerang.
Majlis ini dirasmikan oleh Encik Muhammad Na’im bin Zainol, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran dan Kewangan) mewakili YBhg. Tuan Pegawai Daerah Padang Terap, Tuan Azmin Bin Zainol Abidin diiringi oleh Encik Mohd Farizan Bin Mohd Arshad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dan Ustaz Tajul Afkar Bin Ismail, Pengetua SMA Al-Khairiah.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Kedah Darul Aman seterusnya bacaan doa bagi memberkati majlis yang dijalankan. Setelah itu, majlis diteruskan dengan pelepasan peserta Fun Ride dan Fun Run Hari Sukan Negara 2023.
Antara aktiviti lain yang diadakan adalah pameran oleh jabatan dan agensi kerajaan, permainan karom, dart serta cabutan bertuah.
Turut hadir dalam majlis ini adalah, YB Ustaz Nurul Amin Bin Hamid, Ahli Parlimen Padang Terap dan YB Tuan Mohd Radzi Md. Amin, ADUN Pedu.
advanced-floating-content-close-btn