Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Langkawi Tahun 2023

Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Langkawi Tahun 2023

14 Oktober 2023:

Yang Berusaha Tuan Haji Zulkifli Bin Abdullah, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) yang mewakili Pegawai Daerah Langkawi telah menghadiri dan menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Langkawi yang berlangsung di Menara MAHA, hari ini.
Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Langkawi diserikan lagi dengan persembahan seni bela diri iaitu wushu, taekwondo dan silat.
Acara pelepasan Fun Run/Fun Walk telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Zulkifli Bin Abdullah, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) diringi Yang Berhormat Encik Amar Pared BIn Mahmud, ADUN Kuah, Yang Berhormat Puan Shamsilah Binti Siru, ADUN Ayer Hangat, dan Yang Berusaha Encik Mohamad Ferdaus Bin Osman. Pada masa yang sama turut diadakan aktiviti senamrobik bagi memeriahkan lagi sambutan acara pada pagi ini.
Hari Sukan Negara 2023 Peringkat Daerah Langkawi berjaya menarik lebih 1,000 penyertaan yang memeriahkan pelbagai acara , pagi tadi.
Jom bersama kita membudayakan sukan dan mengamalkan gaya hidup aktif demi mengekalkan kecergasan dan kesihatan diri. Selamat Hari Sukan Negara buat seluruh warga Langkawi dan semua rakyat Malaysia!
advanced-floating-content-close-btn