𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐔 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐒𝐈𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐈𝐙𝐈𝐍 (𝐏𝐀𝐓𝐈) 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐌𝐔𝐃𝐀
KUALA MUDA, 03 Oktober 2026 (Sabtu) – Puan Hajjah Sharifah Norulasyikhah Binti Syed Mohamad telah menghadiri Dan merasmikan Program Pengurusan Isu Pendatang Tanpa Izin (PATI) Dan Pelarian di Dewan Permata, Pusat Latihan AADK.
Program anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) tersebut, bermula dengan beberapa taklimat dari Agensi seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang disampaikan oleh Tuan Mohd Ridzzuan bin Mohd Zain Pengarah Imigresen Negeri Kedah, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK).
Dalam ucapan Perasmian sebentar tadi, Pegawai Daerah Kuala Muda menyatakan penganjuran seminar pada pagi ini sebagai satu usaha yang bermakna dalam Daerah Kuala Muda.
“Dalam keadaan tertentu, sesuatu isu yang berlaku di satu kawasan mungkin kelihatan kecil pada peringkat awal, tetapi sekiranya tidak difahami dan diuruskan dengan baik, ia berpotensi menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan masyarakat”
“Justeru, hubungan yang baik antara pentadbiran daerah, jabatan dan agensi Kerajaan serta pemimpin masyarakat amat penting supaya sebarang perkara yang memerlukan perhatian dapat disampaikan dan ditangani melalui saluran yang bersesuaian”
Turut Hadir bersama Puan Hajjah Zuraini Binti Mohd Yusof Pengarah Majlis Keselamatan Negeri Kedah (MKN Kedah), Tuan Mohd Ridzzuan bin Mohd Zain Pengarah Imigresen Negeri Kedah, Penghulu-penghulu Mukim Daerah Kuala Muda serta Warga Kerja Pejabat Daerah Kuala Muda.



Views Today : 1806
Total views : 4727798



