MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUPAN PROGRAM LATIH AMAL DAN SIMULASI PENGURUSAN PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) PERINGKAT DAERAH KULIM DAN BANDAR BAHARU TAHUN 2026
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KULIM | 8 OKTOBER 2026 β Pegawai Daerah Kulim hadir bagi menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penutupan Program Latih Amal dan Simulasi Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Peringkat Daerah Kulim dan Daerah Bandar Baharu Tahun 2026 yang dianjurkan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kulim dan Bandar Baharu.Turut hadir bersama ialah Puan Noor Shaadah, Pegawai Daerah Bandar Baharu, Pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim dan Bandar Baharu, para Penghulu Mukim Daerah Kulim dan Bandar Baharu, Ketua-ketua Jabatan Peringkat Daerah Kulim dan Bandar Baharu, para Ahli Majlis serta para sukarelawan JKM.Program Latih Amal dan Simulasi Pengurusan PPS ini merupakan satu inisiatif penting dalam memastikan tahap kesiapsiagaan, kecekapan dan keberkesanan pengurusan bencana sentiasa berada pada tahap yang optimum, khususnya dalam menghadapi kemungkinan berlakunya bencana yang memerlukan pemindahan penduduk ke Pusat Pemindahan Sementara.
Pelaksanaan simulasi ini turut memberi peluang kepada semua agensi dan pihak berkepentingan untuk menguji prosedur operasi, memperkukuhkan koordinasi serta meningkatkan kerjasama antara agensi, di samping mengenal pasti sebarang kelemahan atau kekangan yang mungkin timbul dalam pengurusan PPS ketika situasi kecemasan sebenar.Penglibatan para Penghulu Mukim, Ketua-ketua Jabatan, Ahli Majlis, pegawai-pegawai JKM serta para sukarelawan amat penting bagi memastikan setiap peranan dan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan teratur, pantas dan berkesan apabila berlaku sesuatu bencana.
Latihan seperti ini juga menjadi platform terbaik untuk memperkukuhkan kesepaduan tindakan, komunikasi dan koordinasi antara agensi, sekali gus memastikan aspek kebajikan, keselamatan dan keperluan mangsa bencana dapat diberikan perhatian sewajarnya.Alhamdulillah, Program Latih Amal dan Simulasi Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang berlangsung sepanjang hari ini telah berjalan dengan lancar dan sempurna. Semoga pelaksanaan program ini dapat terus meningkatkan tahap kesiapsiagaan semua pihak serta memperkukuhkan keupayaan pengurusan bencana di Daerah Kulim dan Daerah Bandar Baharu.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kulim dan Bandar Baharu, semua jabatan dan agensi yang terlibat, para Penghulu Mukim, Ahli Majlis serta para sukarelawan JKM atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.
βSIAP SIAGA, PANTAS BERTINDAK, BERSAMA MENGURUS BENCANA.β








Views Today : 1807
Total views : 4731960



