MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN DAN BERBUKA PUASA BERSAMA YAB MENTERI BESAR KEDAH SEMPENA RAMADAN 1444H / 2023M PERINGKAT DAERAH PADANG TERAP

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN DAN BERBUKA PUASA BERSAMA YAB MENTERI BESAR KEDAH SEMPENA RAMADAN 1444H / 2023M PERINGKAT DAERAH PADANG TERAP

Majlis Penyampaian Sumbangan Dan Berbuka Puasa Bersama YAB Menteri Besar Kedah Sempena Ramadan 1444H / 2023M Peringkat Daerah Padang Terap ini diadakan bermula pada jam 5.00 petang bertempat di Masjid Padang Sanai, Kuala Nerang.
Majlis Sumbangan ini dimulakan dengan sesi pendaftaran oleh para penerima sumbangan dan kemudiannya diteruskan lagi dengan sesi tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Mantan Timbalan Mufti Negeri Kedah Darul Aman iaitu Dato’ Sheikh Abdullah Bin Awang Sa.
Program kemudiannya disusuli dengan ketibaan YB. Dato’ Dr. Hayati Bin Othman. DSDK., AMK. (Exco Kesihatan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Kedah) selaku wakil rasmi YAB Menteri Besar Kedah pada jam 6.30 petang ke Masjid Padang Sanai, Kuala Nerang dan disambut oleh Pegawai Daerah Padang Terap, Encik Azmin Bin Zainol Abidin AMK., BCK.
Beliau seterusnya menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada 150 orang penerima yang terdiri daripada para guru Al-Quran sukarela, mudim, bidan kampung, jurumandi jenazah, bomoh patah dan penggali kubur melibatkan dari DUN Kuala Nerang dan DUN Pedu.
advanced-floating-content-close-btn