𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗖𝗢𝗥𝗣𝗢𝗥𝗔𝗧𝗘 𝗦𝗢𝗦𝗜𝗔𝗟 𝗥𝗘𝗦𝗣𝗢𝗡𝗦𝗜𝗕𝗜𝗟𝗜𝗧𝗬 (𝗖𝗦𝗥) 𝗝𝗜𝗪𝗔 𝗠𝗨𝗥𝗡𝗜 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗨𝗟𝗜𝗠

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗖𝗢𝗥𝗣𝗢𝗥𝗔𝗧𝗘 𝗦𝗢𝗦𝗜𝗔𝗟 𝗥𝗘𝗦𝗣𝗢𝗡𝗦𝗜𝗕𝗜𝗟𝗜𝗧𝗬 (𝗖𝗦𝗥) 𝗝𝗜𝗪𝗔 𝗠𝗨𝗥𝗡𝗜 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗨𝗟𝗜𝗠

 

KULIM, 09.05.2024 – Majlis Perasmian Program Corporate Sosial Responsibility (CSR) telah berlangsung di Kampung Padang Tembak Mukim Kulim. Program ini telah berjalan selama empat hari bermula dari 26 dan 27 April 2024 serta 03 dan 04 Mei 2024.

Sebanyak 2 buah rumah terlibat di dalam program tersebut.Rumah pertama,perbaikan dari segi pendawaian elektrik dan membaiki semula dinding rumah yang telah terbengkalai dan rumah kedua pula, pembaikan dari segi struktur rangka dan penggantian bumbung rumah.

Program ini mendapat kerjasama dari pihak IKM Seberang Perai Utara untuk membuat pendawaian semula elektrik dan dari pihak MKK Mukim Kulim.Antara Agensi yang terlibat bagi menjayakan program ini adalah,dari Pejabat Daerah dan Tanah Kulim, RELA, Apm, Jkr Kulim serta MKK Mukim Kulim.  

advanced-floating-content-close-btn