MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN ZAKAT PERSEKOLAHAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH 2020 OLEH LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (LZNK)

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN ZAKAT PERSEKOLAHAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH 2020 OLEH LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (LZNK)

BANDAR BAHARU-17 DISEMBER 2020 (KHAMIS)
Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan Pakaian Seragam Sekolah 2020 oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) .
Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan tersebut dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu bertempat di Bilik Seminar, Masjid Al-Fateh Serdang.
Penyerahan sumbangan bantuan persekolahan berupa pakaian seragam sekolah ini disampaikan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu kepada Guru-guru Besar / wakil sekolah-sekolah dalam Daerah Bandar Baharu melibatkan 18 buah sekolah rendah.
Pemberian sumbangan ini seterusnya akan diagihkan kepada murid-murid yang terdiri daripada keluarga-keluarga asnaf.
Turut hadir bersama ialah Pegawai Zakat Daerah Bandar Baharu dan Yang Dipertua Majlis Guru Besar Daerah Bandar Baharu.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) atas sumbangan yang diberikan untuk para murid di Daerah Bandar Baharu.
🖱Portal                 : https://webpdt.kedah.gov.my
💻Facebook Page : https://www.facebook.com/pdtbbserdang