MAJLIS LAMBAIAN KASIH JASAMU DIKENANG PEJABAT DAERAH DAN TANAH BANDAR BAHARU 2020

MAJLIS LAMBAIAN KASIH JASAMU DIKENANG PEJABAT DAERAH DAN TANAH BANDAR BAHARU 2020

BANDAR BAHARU-17 Disember 2020 (Khamis)
Majlis Lambaian Kasih Jasamu Dikenang Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu 2020 bertempat di Kediaman Rasmi Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu.
Majlis ini dianjurkan sempena meraikan tiga orang bekas kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu yang bersara pada tahun 2020.
Majlis diserikan dengan pertunjukkan silat oleh para pesilat dari Persatuan Silat Bandar Baharu. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan oleh pesara-pesara yang diraikan.
Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu turut menzahirkan ucapan penghargaan di atas segala sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan oleh mereka sepanjang berkhidmat sebagai penjawat awam di Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
Turut ditayangkan video ‘Jasamu Dikenang’ yang memaparkan kronologi perkhidmatan dan anugerah-anugerah yang diperoleh pesara sepanjang berkhidmat sebagai penjawat awam.
Turut sama diraikan dalam majlis berkenaan ialah 5 orang kakitangan PDTBB yang telah dan akan bertukar ke pejabat yang lain.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cendera mata dan sijil penghargaan serta sesi bergambar.
Turut hadir bersama ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran), Ahli-Ahli Majlis MDBB, Ketua-ketua Bahagian MDBB dan semua warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih atas bakti
Budi tuan jadi kenangan
🖱Portal                 : https://webpdt.kedah.gov.my
💻Facebook Page : https://www.facebook.com/pdtbbserdang