MAJLIS BERBUKA PUASA PEJABAT DAERAH DAN TANAH SERTA MAJLIS DAERAH PADANG TERAP SEMPENA RAMADAN 1444H / 2023M

MAJLIS BERBUKA PUASA PEJABAT DAERAH DAN TANAH SERTA MAJLIS DAERAH PADANG TERAP SEMPENA RAMADAN 1444H / 2023M

13 APRIL 2023 | 22 RAMADAN 1444H (KHAMIS)

Tuan Azmin bin Zainol Abidin, Pegawai Daerah Padang Terap merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Padang Terap telah hadir menjayakan Majlis Berbuka Puasa Pejabat Daerah Dan Tanah serta Majlis Daerah Padang Terap bagi Tahun 1444H bersamaan 2023M bertempat di Dewan Tunku Putra, Kuala Nerang.

Beliau turut menyampaikan Sumbangan Aidilfitri kepada pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Padang Terap serta Majlis Daerah Padang Terap sebelum sesi jamuan berbuka puasa bermula.

Turut hadir ke Majlis tersebut ialah Encik Iman Hazwan bin Abdul Halim, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Kanan) Pejabat Daerah Dan Tanah Padang Terap, Encik Muhammad Nur Ihsan bin Yahaya, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Pejabat Daerah Dan Tanah Padang Terap, merangkap Setiausaha Majlis Daerah Padang Terap, Ahli Majlis Daerah Padang Terap, serta seluruh warga Pejabat Daerah Dan Tanah Padang Terap serta Majlis Daerah Padang Terap.

 

advanced-floating-content-close-btn