π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ π’π”πŠπ€π 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπ”π€π‹π€ πŒπ”πƒπ€ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ“

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ π’π”πŠπ€π 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπ”π€π‹π€ πŒπ”πƒπ€ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ“

KUALA MUDA, 11 Oktober 2025 (Sabtu) – Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin telah merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Kuala Muda Tahun 2025 di Padang Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK).
Sambutan Hari Sukan Negara ini berlangsung dalam suasana ceria Dan penuh semangat. Pelbagai Aktiviti pada Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Kuala Muda pada Kali ini seperti senamrobik, larian santai 5km, Pertandingan bola speak Junior, Memanah, netball shoot out, sepak raga tuju, persembahan wajadiri Dan pameran dari agensi. Penyertaan bagi Hari Sukan Negara peringkat Daerah Kuala Muda pada tahun ini menyaksikan lebih 2000 peserta Dari pelbagai peringkat umur Dan latar belakang.
Selain itu juga, dalam ucapan Tuan Pegawai Daerah mengatakan aktivitiΒ² yang diadakan pada Kali ini bagi menyemai Budaya hidup sihat Dan aktif serta bertepatan dengan Tema Hari Sukan Negara pada Tahun ini “MALAYSIA AKTIF”.
Turut hadir bersama dengan majlis pelepasan assak run ini ialah Ahli Parlimen Sungai Petani YB Dr. Mohammed Taufiq Bin Johari, Encik Muhammad Hasbullah bin Abd. Hadir Setiausaha Majlis Perbandaran, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) En. Ridzuan Bin Mohd Rashid Dan Wakil Belia Dan Sukan Negeri Kedah dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.
advanced-floating-content-close-btn