LAWATAN DYTM TUANKU RAJA MUDA KEDAH DAN YTM TUNKU SULAIMAN KE MUZIUM ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG
KUALA MUDA, 05 Januari 2026 (Isnin) – Raja Muda Kedah Darul Aman Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin bersama anakanda Yang Teramat Mulia Tunku Sulaiman Badlishah telah berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang Sungai Petani Kedah Darul Aman.
Lawatan tersebut bertujuan meninjau khazanah sejarah serta warisan tamadun awal yang terdapat di Lembah Bujang, yang merupakan antara tapak tamadun tertua di Asia Tenggara. Sepanjang lawatan, DYTM Raja Muda Kedah dan YTM anakanda telah dibawa melawat Galeri Arkeologi Lembah Bujang, Galeri Sejarah Perdagangan Lembah Bujang, serta beberapa tapak percandian di sekitar kawasan muzium.
Tuanku turut berkenan menerima taklimat berkaitan penemuan arkeologi di Lembah Bujang, termasuk tinggalan candi, artifak perdagangan, serta bukti kewujudan tamadun awal yang pernah menjadikan kawasan tersebut sebagai pusat perdagangan penting di Asia Tenggara.




Views Today : 251
Total views : 4248876



