PERHIMPUNAN BULANAN DAN AMANAT PEGAWAI DAERAH KULIM SESI MEI 2026

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

PERHIMPUNAN BULANAN DAN AMANAT PEGAWAI DAERAH KULIM SESI MEI 2026

 

KULIM, 05 Mei 2026 (Selasa) – Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Pegawai Daerah Kulim bagi bulan Mei 2026 telah diadakan tepat pada jam 7.30 pagi dengan kehadiran Pegawai Daerah Kulim bersama seluruh warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kulim.Atur cara majlis dimulakan dengan Pemeriksaan Barisan, diikuti Bacaan Doa, Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Allah Selamat Sultan, Bacaan Ikrar, serta Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025 sebelum diteruskan dengan ucapan oleh Pegawai Daerah Kulim.Seusai perhimpunan, turut diadakan sambutan ringkas dan jamuan bagi meraikan para penerima AnugerahPerkhidmatan Cemerlang 2025 bersama warga pentadbiran PDT Kulim dalam suasana penuh penghargaan dan kebersamaan.
Semoga semua dikurniakan umur yang panjang, dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan yang berpanjangan.
Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah SWT dan terus komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada seluruh masyarakat di Daerah Kulim.
advanced-floating-content-close-btn