MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN (JKPAK) DAN MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN(JPKA) PDTK BIL : 1 TAHUN 2026
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KULIM, 05 Mei 2026 (Selasa) – Pegawai Daerah Kulim telah mempengerusikan dua mesyuarat penting iaitu Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA), Pejabat Daerah dan Tanah Kulim, Bilangan 1 Tahun 2026.Kedua-dua mesyuarat ini memainkan peranan yang amat signifikan dalam memastikan aspek pemantauan, perancangan serta tadbir urus aset dan kewangan dilaksanakan secara teratur, telus dan beretika. Selain itu, ia turut membantu Pegawai Pengawal, iaitu Pegawai Daerah Kulim, dalam memastikan pengurusan aset dan kewangan sentiasa berada pada tahap yang cekap, berintegriti serta mematuhi peraturan yang ditetapkan.Komitmen berterusan ini mencerminkan usaha jabatan dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam yang lebih berkesan dan berakauntabiliti.










Views Today : 1677
Total views : 4461411



