LAWATAN TAPAK PENGHULU MUKIM SUNGAI PETANI
KUALA MUDA, 06 Mei 2026 (Rabu) – Satu lawatan tapak oleh Penghulu Mukim Sungai Petani telah dilaksanakan bagi meninjau sendiri keadaan semasa serta mengenal pasti isu-isu yang memerlukan perhatian segera di beberapa lokasi sekitar Sungai Petani.
Antara perkara yang telah diberi tumpuan sepanjang lawatan ini adalah pemantauan kerja-kerja pembinaan longkang di Kampung Sungai Jagung bagi memastikan kelancaran sistem saliran, selain cadangan pembaikan surau di Kampung Teluk demi keselesaan penduduk setempat dalam menjalankan aktiviti keagamaan.
Turut dibincangkan adalah permohonan menurap semula jalan di Kampung Penghulu Him yang mengalami kerosakan serta aduan berkaitan kemasukan jalan di Kampung Baru Sungai Lalang yang memerlukan tindakan penyelesaian.
Selain itu, lawatan ini juga melibatkan semakan terhadap permohonan lesen barang lusuh di Kawasan Perindustrian Bukit Makmur, Sungai Lalang.
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan pihak pentadbiran dalam memastikan setiap isu rakyat di peringkat akar umbi diberi perhatian serius serta diambil tindakan susulan yang sewajarnya. Segala maklum balas dan keperluan yang dikenal pasti akan dipanjangkan kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut.
Diharapkan usaha sebegini dapat meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat setempat secara berterusan.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini.




Views Today : 2208
Total views : 4477008



