PEMBERIAN SUMBANGAN PEGAWAI DAERAH KEPADA MANGSA BENCANA AIR PASANG BESAR DI TANJUNG DAWAI

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

PEMBERIAN SUMBANGAN PEGAWAI DAERAH KEPADA MANGSA BENCANA AIR PASANG BESAR DI TANJUNG DAWAI

KUALA MUDA, 17 Mei 2026 (Ahad) – Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah) En. Mohd Rinizan Bin Razali mewakili Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin telah melakukan lawatan dan memberi sumbangan kepada mangsa bencana air pasang besar di PPS Kampung Sungai Pial Tanjung Dawai Sungai Petani Kedah Darul Aman.

Pemberian sumbangan ini bertujuan menyampaikan bantuan kepada mangsa bencana air pasang besar di kawasan Tanjung Dawai bagi meringankan beban yang ditanggung dan menzahirkan keprihatinan dan sokongan pihak Pejabat Daerah terhadap penduduk yang terjejas akibat bencana air pasang besar serta mengukuhkan hubungan serta semangat kebersamaan antara pihak kerajaan dan komuniti setempat dalam menghadapi situasi bencana.

Selain itu juga menyelaras usaha bantuan dan kebajikan kepada mangsa secara lebih teratur dan berkesan serta memberi semangat dan motivasi kepada mangsa agar terus tabah serta berdaya tahan dalam menghadapi kesan bencana.
Turut hadir bersama dengan pemberian sumbangan ini ialah Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) En. Mohammad Iqbal Bin Zainal Abidin, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran dan Kewangan) En. Muhd Hairee Bin Mohkatar, Penghulu Mukim Merbok En. Hafizul Bin Ahmad Salim dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.
advanced-floating-content-close-btn