MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN WABAK DENGGI PERINGKAT DAERAH KULIM, BILANGAN 1 TAHUN 2026

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN WABAK DENGGI PERINGKAT DAERAH KULIM, BILANGAN 1 TAHUN 2026

 

KULIM, 12 Mei 2026 – Pegawai Daerah Kulim, mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Wabak Denggi, Peringkat Daerah Kulim, Bilangan 1, Tahun 2026.Mesyuarat ini bertanggungjawab menyelaras pengurusan, pencegahan dan kawalan penularan wabak denggi secara bersepadu di peringkat Daerah Kulim, yang turut dihadiri oleh Pejabat KesihatanDaerah Kulim selaku sekretariat, MPKK, JPN Kulim, SWCORP, Perpaduan Kulim dan Wakil Komuniti Setempat. Salah satu keputusan yang diputuskan pada mesyuarat hari ini adalah untuk memperkasakan komuniti setempat melalui program kesedaran awam dan inisiatif seperti COMBI (Communication for Behavioural Impact) bagi menggalakkan penduduk menjaga kebersihan persekitaran.Terima kasih kepada semua yang hadir pada mesyuarat hari ini dan semoga dipermudahkan segala urusan.
advanced-floating-content-close-btn