MESYUARAT PENYELARASAN ISU PELUPUSAN SAMPAH YANG TIDAK TERURUS DAN SISTEMATIK DI KAWASAN KAMPUNG
KUALA MUDA, 18 Mei 2026 (Isnin) – Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) En. Mohammad Iqbal Bin Zainal Abidin mewakili Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Isu Perlupusan Sampah Yang Tidak Terurus Dan Sistematik Di Kawasan Kampung yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Blok A Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.
Mesyuarat ini membincangkan isu pelupusan sampah yang tidak terurus dan tidak sistematik di kawasan kampung bagi memastikan kebersihan kesejahteraan penduduk terpelihara serta menyelaras tindakan antara agensi berkaitan, pihak kampung dan komuniti setempat dalam usaha menangani masalah pembuangan sampah secara tidak terkawal.
Selain itu, mengenal pasti punca utama berlakunya masalah pelupusan sampah serta merangka langkah penyelesaian yang lebih berkesan dan memastikan sistem pengurusan dan pelupusan sampah di kawasan kampung dapat dilaksanakan secara lebih teratur, sistematik dan mesra alam.
Turut hadir bersama dengan mesyuarat ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka YB Sharir Bin Long, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam YB Bau Wong, Wakil-Wakil YB, Ketua-Ketua Jabatan, Penghulu-Penghulu Mukim dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.



Views Today : 1601
Total views : 4490711



