MAJLSI PERHIMPUNAN SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1448H / 2026M PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

MAJLSI PERHIMPUNAN SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1448H / 2026M PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN

 

KULIM, 17 Jun 2026 – Majlis Perhimpunan Sempena Sambutan Maal Hijrah 1448H / 2026M Peringkat Negeri Kedah Darul Aman yang telah berlangsung di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, Alor Setar.
Majlis ini turut diserikan dengan keberangkatan Tuanku Raja Muda Kedah, serta kehadiran Muhammad Sanusi Md Nor, YB Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, barisan EXCO Kerajaan Negeri Kedah, para Pegawai Daerah serta kakitangan daripada agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.Penganjuran majlis ini merupakan platform penting dalam menyemarakkan penghayatan nilai-nilai Hijrah serta memperkukuhkan semangat perpaduan, integriti dan kecemerlangan dalam kalangan penjawat awam. Sambutan Maal Hijrah bukan sekadar memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW, malah menjadi inspirasi kepada seluruh umat Islam untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik dalam aspek kehidupan, perkhidmatan dan pembangunan ummah.
Semoga sambutan Maal Hijrah pada tahun ini menjadi pemangkin kepada pembentukan masyarakat yang berilmu, berakhlak mulia dan berdaya saing, serta terus membawa keberkatan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada Negeri Kedah Darul Aman.
advanced-floating-content-close-btn