PERHIMPUNAN BULANAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH KULIM

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

PERHIMPUNAN BULANAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH KULIM

 

KULIM, 01 Julai 2026 – Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Pegawai Daerah Kulim bagi bulan Julai 2026 telah diadakan pada jam 7.15 pagi dengan kehadiran seluruh warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kulim.
Majlis dimulakan dengan Pemeriksaan Barisan, diikuti Bacaan Doa, Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Allah Selamat Sultan, Bacaan Ikrar Perkhidmatan Awam, Penyampaian Hadiah kepada pemenang Kejohanan Sukan SUK (Tenpin Bowling), serta diteruskan dengan Ucapan dan Amanat oleh Pegawai Daerah Kulim.Perhimpunan bulanan ini merupakan platform rasmi bagi menyampaikan amanat, dasar dan hala tuju semasa daripada pihak pengurusan kepada seluruh warga Pejabat Daerah dan Tanah Kulim. Program ini turut menjadi medium untuk memperkukuh komunikasi organisasi, menyemarakkan semangat kesetiaan kepada perkhidmatan awam melalui lafaz ikrar, serta memupuk nilai integriti, akauntabiliti dan tanggungjawab dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.Dalam amanat yang disampaikan, Pegawai Daerah Kulim turut menekankan kepentingan budaya kerja berprestasi tinggi, semangat kerja berpasukan, profesionalisme serta komitmen berterusan dalam memberikan perkhidmatan yang cekap, berintegriti dan berfokuskan rakyat.Semoga seluruh warga Pejabat Daerah dan Tanah Kulim terus dikurniakan kesihatan, kekuatan dan keberkatan oleh Allah SWT dalam melaksanakan amanah yang diberikan, seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik, berkualiti dan berkesan kepada seluruh masyarakat di Daerah Kulim.
advanced-floating-content-close-btn