MESYUARAT PENGURUSAN TERTINGGI PENTADBIRAN DAERAH DAN TANAH KULIM

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

MESYUARAT PENGURUSAN TERTINGGI PENTADBIRAN DAERAH DAN TANAH KULIM

 

Pegawai Daerah Kulim, mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi, Pentadbiran Daerah dan Tanah Kulim (Pegawai KCS Kulim), Bilangan Pertama, Tahun 2026.Mesyuarat yang diadakan ini adalah sebagai platform pembuat keputusan tertinggi bagi memacu pembangunan, menyelaraskan dasar kerajaan dan memastikan tadbir urus pentadbiran yang cekap di sesebuah daerah terutamanya di Daerah Kulim.Di antara agenda perbincangan adalah Penetapan Hala Tuju Strategik dan Dasar Daerah, Pemantauan Projek Pembangunan, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Krisis dan Kesejahteraan Rakyat, Pemantapan Pentadbiran dan Sumber Manusia.

Terima kasih seluruh Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS Kulim) yang hadir pada mesyuarat dan perjumpaan pada hari ini.Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga kita dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh Masyarakat Daerah Kulim.
advanced-floating-content-close-btn