PROGRAM PEMBANGUNAN KAPASITI KEPIMPINAN MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN BERSAMA ALL – PARTY PARLIAMENTARY GROUP MALAYSIA ON SDGS (APPGM – SDG)

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

PROGRAM PEMBANGUNAN KAPASITI KEPIMPINAN MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN BERSAMA ALL – PARTY PARLIAMENTARY GROUP MALAYSIA ON SDGS (APPGM – SDG)

 

KULIM, 22 Julai 2026 – Tuan Pegawai Daerah Kulim merasmikan serta mempengerusikan Program Pembangunan Kapasiti Kepimpinan Matlamat Pembangunan Mampan bersama All – Party Parliamentary Group Malaysia on SDGs (APPGM – SDG), iaitu Pemetaan Isu SDG di Kawasan Parlimen Padang Serai yang dihadiri oleh seluruh Ketua Jabatan Peringkat Daerah Kulim.Program yang dianjurkan ini, adalah menjadi platform yang penting untuk menghimpunkan pandangan serta jalan penyelesaian antara agensi – agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan Peringkat Daerah Kulim bagi menangani isu dan masalah yang berbangkit di peringkat kampung – kampung serta di dalam kalangan masyarakat di Parlimen Padang Serai.Alhamdulillah program ini berlangsung dengan lancar dan sempurna. Semoga segala perbincangan dan cadangan yang diketengahkan dapat diterjemahkan kepada tindakan yang berkesan demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan di Daerah Kulim yang lebih progresif dan lestari, selaras dengan aspirasi THE GREATER KEDAH dan Matlamat Pembangunan Lestari 2030.
advanced-floating-content-close-btn