ππππππ πππππππππ πππππππ πππππ πππ ππππππ πππππ ππππ πππ πππππππ ππππππππππ πππππππ ππππππ πππππππππ ππππππ πππππ πππππ ππππ
KUALA MUDA, 28 Julai 2026 (Selasa) – Pegawai Daerah Kuala Muda Puan Hajjah Sharifah Norulasyikhah Binti Syed Mohamad telah menghadiri Majlis Perasmian Program Agrofest Daerah Kuala Muda Dan Program Peluncuran Tanaman Kelapa Peringkat Negeri Kedah Tahun 2026 di Dataran Tsunami Kota Kuala Muda.
Majlis perasmian telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab. Ghani Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan Negeri Kedah. Turut hadir bersama YB Ustaz Hj Azizan Hamzah Adun Bukit Selambau, Tuan Rozaidi bin Abd Rahman Pengarah Pertanian Negeri Kedah, En Badruel Nizam bin Ibrahim Penghulu Mukim Kota / Rantau Panjang, penghuluΒ² Mukim Daerah Kuala Muda serta Warga Kerja Pejabat Daerah Kuala Muda.



Views Today : 294
Total views : 4654588



