BENGKEL KESELAMATAN PERLINDUNGAN BAGI PEGAWAI DAN KAKITANGAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH KULIM TAHUN 2026

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

BENGKEL KESELAMATAN PERLINDUNGAN BAGI PEGAWAI DAN KAKITANGAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH KULIM TAHUN 2026

 

KULIM, 06.08.2026 (Khamis) – Pejabat Daerah dan Tanah Kulim telah mengadakan Bengkel Keselamatan Perlindungan Pejabat Daerah dan Tanah Kulim selama (2) dua hari pada 05-06 Ogos 2026 sebagai usaha meningkatkan kesedaran serta pemahaman pegawai dan kakitangan mengenai kepentingan keselamatan perlindungan di pejabat.Bengkel ini memberi penekanan kepada pengurusan dan pengendalian fail serta dokumen rasmi mengikut prosedur yang ditetapkan, aspek keselamatan ruang bilik fail bagi memastikan dokumen sentiasa terpelihara, serta langkah-langkah menjaga keselamatan bangunan pejabat daripada sebarang ancaman atau risiko yang boleh menjejaskan operasi jabatan.Melalui bengkel ini, seluruh warga kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kulim dapat terus mengamalkan budaya kerja yang lebih selamat, berintegriti dan bertanggungjawab dalam melindungi aset, maklumat serta kepentingan kerajaan.
advanced-floating-content-close-btn