MESYUARAT PENYELARASAN KONVOI KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT DAERAH KULIM TAHUN 2026
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KULIM, 13 OGOS 2026 – Pegawai Daerah Kulim, mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Konvoi Kempen Kibar Jalur Gemilang, Peringkat Daerah Kulim, Tahun 2026. Konvoi akan berlangsung pada 26/8/2026 (Rabu), jam 8.00 pagi, di Dataran Kulim, yang akan melalui sejauh 60 km dalam Daerah Kulim. Konvoi yang dianjurkan ini akan melibatkan beberapa Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, di Peringkat Daerah Kulim.Konvoi ini melibatkan penyertaan seramai hampir 200 peserta kesemuanya dan adalah diharapkan dengan penganjuran program seperti ini, dapat menyemarakkan lagi semangat patriotik dan meningkatkan kesedaran rakyat terutamanya di Daerah Kulim, tentang kepentingan menghormati serta mengibarkan bendera kebangsaan di sepanjang Bulan Kemerdekaan ini.






Views Today : 1102
Total views : 4663392



