MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN AMANAT PEGAWAI DAERAH KULIM OKTOBER 2026
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KULIM, 5 Oktober 2026 | Isnin – Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Pegawai Daerah Kulim bagi bulan Oktober 2026 telah diadakan pada jam 7.15 pagi tadi, bersama para Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS) serta seluruh warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kulim.Majlis dimulakan dengan Pemeriksaan Barisan, diikuti Bacaan Doa, Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Allah Selamat Sultan, Bacaan Ikrar serta seterusnya Ucapan dan Amanat Pegawai Daerah Kulim.Perhimpunan Bulanan Pejabat Daerah dan Tanah Kulim yang diadakan pada setiap bulan ini merupakan salah satu wadah rasmi bagi menyampaikan amanat, dasar, perkembangan semasa dan hala tuju pentadbiran daripada pihak pengurusan kepada seluruh warga kerja PDT Kulim.Selain itu, perhimpunan ini turut menjadi platform untuk menyemarakkan semangat kesetiaan dan kecintaan kepada negara serta negeri, melalui lafaz ikrar perkhidmatan awam, di samping memperkukuhkan nilai integriti, tanggungjawab dan akauntabiliti dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.Semoga amanat dan pesanan yang disampaikan menjadi panduan serta suntikan semangat kepada seluruh warga kerja PDT Kulim untuk terus memberikan komitmen, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi demi kepentingan rakyat dan pembangunan Daerah Kulim.“Berkhidmat Dengan Amanah, Berintegriti dan Berprestasi.






Views Today : 1775
Total views : 4725955



