HARI KEUSAHAWANAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH KULIM
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KULIM, 27.09.2026 – HARI KEUSAHAWANAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH KULIM telah berlangsung dengan meriah dengan penglibatan warga kerja melalui penyediaan sebanyak 7 buah gerai jualan yang menawarkan pelbagai juadah dan minuman kepada warga pejabat.Antara juadah yang disediakan termasuk nasi lemak, nasi goreng, mi goreng, nasi tomato, sandwic, teh tarik serta pelbagai pilihan minuman yang pastinya menarik perhatian dan menambah kemeriahan suasana.Turut mencuri perhatian ialah persembahan teh tarik oleh Pegawai Daerah Kulim bersama para pegawai daerah, yang mencetuskan suasana santai, ceria dan penuh kemesraan dalam kalangan warga Pejabat Daerah dan Tanah Kulim.Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk memperkenalkan serta menggalakkan semangat keusahawanan dalam kalangan warga kerja, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerjasama dan mencipta kenangan manis bersama.
Tahniah dan syabas kepada semua warga Pejabat Daerah dan Tanah Kulim yang terlibat dalam menjayakan Hari Keusahawanan ini!








Views Today : 1555
Total views : 4712197



