𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐄𝐑𝐀𝐘𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟒 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
KUALA MUDA, 07 Oktober 2026 (Rabu) – Puan Hajjah Sharifah Norulasyikhah Binti Syed Mohamad Pegawai Daerah Kuala Muda telah menghadiri Program Jerayawara Pengurusan Warisan Siri 4 Tahun 2026 di Hotel Swiss Avenue, Sg Petani.
Program anjuran Jabatan Warisan Negara berlangsung selama 2 hari Bermula 07 Oktober 2026 – 08 Oktober 2026. Pengisian dalam program ini melibatkan Pengurusan, pemeliharaan dalam memastikan Warisan Negara terus terpelihara untuk generasi akan datang berdasarkan AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005 (AKTA 645).
Majlis Perasmian ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dato’ Mohd Yusri bin Mohd Yusoff Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Perasmian oleh YB Dato’ Haji Mohd Salleh Bin Saidin Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Keusahawanan.
Turut hadir bersama Tuan Mohamad Muda bin Bahadin Pesuruhjaya Warisan, Jabatan Warisan Negara, serta para peserta dari Pelbagai Agensi Kerajaan dalam Negeri & Luar Negeri Kedah serta Warga Kerja Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Muda.



Views Today : 1969
Total views : 4732122



