𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐀𝐒𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐘𝐔𝐊𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐃𝐘𝐌𝐌 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐄-𝟖𝟒 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐀𝐒𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐘𝐔𝐊𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐃𝐘𝐌𝐌 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐄-𝟖𝟒 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

KUALA MUDA, 12 Oktober 2026 (Isnin) – Puan Hajah Sharifah Norulasyikhah binti Syed Mohamad, Pegawai Daerah Kuala Muda, telah menghadiri Majlis Bacaan Yaasin dan Kesyukuran yang berlangsung di Masjid Sultan Muzaffar Shah, Sungai Petani.
Dalam ucapan beliau, Pegawai Daerah Kuala Muda merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak atas komitmen, kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan program Lawatan ke Daerah dan Majlis Jamuan Rakyat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah yang ke-84 bagi tahun 2026.

Beliau turut menzahirkan penghargaan khusus kepada seluruh warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda yang telah bertungkus-lumus, mengorbankan masa dan tenaga serta melaksanakan setiap tugasan dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab demi memastikan kelancaran program tersebut.

Penghargaan juga diberikan kepada semua pihak yang memainkan peranan penting di belakang tabir, termasuk mereka yang tidak terlibat secara langsung di hadapan khalayak. Setiap sumbangan dan usaha yang dicurahkan, sekecil mana sekalipun, amat bermakna dalam memastikan kejayaan program berkenaan.

Turut hadir ialah Encik Mohd Yusri bin Mohamad Yusop mewakili Yang Dipertua MPSPK; Encik Mohd Asyraf bin Ahmad mewakili Pegawai Daerah Pendang; Inspektor Muhammad Shahriman bin Othman mewakili Ketua Polis Daerah Kuala Muda; pegawai-pegawai tadbir negeri Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda; Tuan Syeikh Ahmad Muzammil bin Yub, Pegawai Agama Daerah Kuala Muda; penghulu-penghulu mukim Daerah Kuala Muda; Ustaz Muhammad Shafawie bin Zulkifli, Pengerusi Masjid Sultan Muzaffar Shah; serta warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.

Semoga segala usaha, kerjasama dan sumbangan semua pihak mendapat keberkatan serta menjadi amal jariah yang berpanjangan.
advanced-floating-content-close-btn