MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN DAERAH (JTPD) KUALA MUDA BIL. 9/2026
KUALA MUDA, 26 Oktober 2026 (Isnin) – Puan Hajjah Sharifah Norulasyikhah Binti Syed Mohamad Pegawai Daerah Kuala Muda telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Kuala Muda Bil 10/2026 di Bilik Gerakan Blok C Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Muda.
Mesyuarat ini membincangkan perkembangan projek pembangunan serta isu-isu berbangkit di Daerah Kuala Muda yang melibatkan pelbagai jabatan dan agensi berkaitan.
Mesyuarat ini menjadi platform penyelarasan antara jabatan dan agensi bagi memastikan isu-isu setempat ditangani dengan berkesan serta projek pembangunan dilaksanakan mengikut perancangan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Daerah Kuala Muda.
Turut hadir YB Ustaz Hanif Adun Tanjung Dawai, YB Ustaz Shahrir Long Adun Pantai Merdeka, YB Badrol Bakhtiar Adun Gurun, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Tuan Hanyan bin Ramlan, Ketua-Ketua Jabatan Daerah Kuala Muda, Penghulu-penghulu Mukim Daerah Kuala Muda serta Warga Kerja Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Muda.



Views Today : 1110
Total views : 4765480



