πππππππ πππππ πππππππ πππππππππ ππππππ πππππππ ππππππππππ πππππ ππππ β πππππ πππππππ
KUALA MUDA, 28 Oktober 2026 (Rabu) β Puan Hajah Sharifah Norulasyikhah binti Syed Mohamad, Pegawai Daerah Kuala Muda, telah menerima kunjungan Panel Penilai sempena Penilaian Semula Geopark Kebangsaan Tahun 2026 bagi Jerai Geopark.
Lawatan tersebut diketuai oleh Dr Farah Nabilah Binti Mohammad Annuar, bersama-sama panel penilai, iaitu YBhg. Datoβ Dr. Kamarulzaman bin Abdul Ghani dan Puan Nur Asikin binti Rashidi.
Penilaian semula ini bertujuan untuk menilai tahap pengurusan dan pembangunan Jerai Geopark bagi memastikan pematuhan terhadap kriteria yang ditetapkan untuk mengekalkan status pengiktirafannya sebagai Geopark Kebangsaan. Penilaian ini turut memberi penekanan kepada usaha pemuliharaan warisan geologi, biodiversiti, arkeologi dan budaya, di samping memastikan pembangunan serta aktiviti pelancongan dilaksanakan secara lestari.
Turut hadir ialah Encik Mohamad Hilmi bin Marzuki, Setiausaha Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK), Puan Sharifah Zakiyah binti Syed Sahab, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL), Dr. Mohd. Amin bin Ali, Pengarah Jabatan Pelancongan dan Warisan MPSPK, serta kakitangan MPSPK.
Diharapkan penilaian semula ini dapat terus memperkukuh usaha pemuliharaan dan pengurusan Jerai Geopark, sekali gus memartabatkan khazanah warisan semula jadi dan budaya serta meningkatkan potensi pelancongan mampan di Daerah Kuala Muda dan sekitarnya.



Views Today : 657
Total views : 4766861



