Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) Suku Tahun Pertama Bilangan 1 Tahun 2021 bagi Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) Suku Tahun Pertama Bilangan 1 Tahun 2021 bagi Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.

Bandar Baharu – 21 April 2021 (Rabu)

Kedua-dua Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah AMK, BCK bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
Mesyuarat-mesyuarat tersebut membincangkan berkenaan isu-isu berkaitan Pengurusan Aset Alih Kerajaan & Pengurusan Stor serta Pengurusan Kewangan dan Akaun. Turut dibentangkan berkenaan Laporan Kedudukan Aset dan Stok, Laporan Kutipan Hasil Daerah dan Tanah serta Laporan Perbelanjaan Mengurus PDTBB.
Mesyuarat-mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran), Penghulu-penghulu Mukim, ketua-ketua unit serta urusetia mesyuarat kedua-dua Jawatankuasa tersebut dari PDTBB.
💻Facebook Page :

https://www.facebook.com/pdtbbserdang
advanced-floating-content-close-btn