Program Iftar Jamaie dan Penyampaian Penghargaan kepada Semua Pelajar KIDAF yang telah Berjaya Menamatkan Hafalan 30 Juzuk Al-Quran

Program Iftar Jamaie dan Penyampaian Penghargaan kepada Semua Pelajar KIDAF yang telah Berjaya Menamatkan Hafalan 30 Juzuk Al-Quran

Bandar Baharu – 21 April 2021 (Rabu)

Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK meluang masa untuk menghadiri majlis berkenaan di Kompleks Islam Darul Faizin (KIDAF), Lubuk Buntar bagi sama-sama meraikan kejayaan pelajar-pelajar KIDAF yang telah menamatkan hafalan 30 Juzuk Al-Quran.
Penyampaian Plak kepada semua 17 orang pelajar yang berjaya dalam hafalan telah disempurnakan oleh Mudir KIDAF, Ustaz Jafri bin Abu Bakar.
Majlis seterusnya disusuli dengan persembahan qasidah oleh para pelajar, Solat Maghrib berjamaah dan jamuan iftar bersama para tetamu jemputan, para waris, para pelajar dan seluruh warga KIDAF yang hadir dengan memenuhi SOP dan amalan Norma Baharu yang ditetapkan.
Turut hadir bersama-sama untuk meraikan dan memeriahkan program berkenaan ialah YB Dato’ ADUN Bandar Baharu, Ahli-Ahli Majlis MDBB, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) serta Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Penolong Setiausaha PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Mudir dan seluruh warga KIDAF atas kejayaan penganjuran dan jemputan ke majlis berkenaan.
💻Facebook Page :

https://www.facebook.com/pdtbbserdang