Author: Nurul Diyanah Hashim

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

JADUAL KAUNTER BERGERAK BAYARAN CUKAI TAHUN 2020

BALING, 08 JANUARI 2020 – Untuk makluman orang ramai yang ingin membuat pembayaran cukai di kawasan Kuala Ketil, perkhidmatan kaunter bergerak akan beroperasi seperti jadual berikut iaitu dari bulan Januari hingga Mei. Pihak Pejabat Daerah dan Tanah Baling ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembayar-pembayar cukai yang telah menjelaskan Cukai Tanah bagi tahun 2020.

PEMBERIAN CENDERAMATA BAGI PEMBAYAR CUKAI TERAWAL DI PEJABAT TANAH DAERAH BALING

BALING, 01 Januari 2020 – Sempena pembukaan Kaunter Hasil Cukai Tanah bagi tahun 2020, Pejabat Tanah Daerah Baling menyediakan cenderamata bagi Pembayar Cukai Terawal. Cenderamata adalah terhad. Kepada semua warga Kedah khususnya penduduk di kawasan Baling bolehlah datang beramai-ramai bagi menjalankan tanggungjawab anda sebagai pemilik hartanah dengan membayar Cukai Tanah bagi tahun 2020. Sekian, terima kasih.

MAJLIS BACAAN YAASIN BERSERTA DOA SELAMAT

BALING, 31 DIS – Satu majlis bacaan yaasin dan doa selamat bagi pengakhiran tahun 2019 telah diadakan di bilik mesyuarat Pejabat Tanah Baling yang telah diketuai bacaan oleh En.Mohd Yazid Bin Yaacob. Terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan yang telah meluangkan masa dalam majlis tersebut.

Pertandingan Mewarna Anjuran Majlis Daerah Baling

31 DIS, BALING – Satu Pertandingan Mewarna yang terbuka kepada semua kanak-kanak berusia 7 – 12 Tahun termasuk OKU anjuran Majlis Daerah Baling telah diadakan dengan jayanya bagi memenuhi program sempena menjelang tahun 2020 di Dataran Taman Awam, Pekan Baling. Pelbagai acara telah diadakan bagi menyambut tahun baru 2020 dan sambutan yang telah diberikan oleh…
Read more

MAJLIS TAUTAN KASIH ANJURAN KELAB PEJABAT TANAH BALING

BALING 30 DIS – Satu Majlis Tautan Kasih dan sambutan bagi melahirkan rasa terima kasih dari semua kakitangan PTB kepada staf yang akan bertukar ke Jabatan lain iaitu Muhammad Akmal bin Ramli dan Mohd Badrol Hisham bin Mohtar dari unit Teknikal yang akan bertukar ke Pejabat Tanah Sik. Semoga bergembira di tempat baru. Juga Tahniah…
Read more

LELONGAN AWAM PEJABAT DAERAH DAN TANAH BALING

BALING 19 DIS – Satu lelongan awam telah dijalankan di perkarangan Pejabat Daerah Dan Tanah Baling jam 10.00 pagi. Lelongan melibatkan satu bangunan kediaman rumah teres kos sederhana satu tingkat di Kuala Ketil, Kedah. Jurulelong yang bertugas ialah Surayah Binti Awang.

PROGRAM SANTAI ‘HRMIS DAN ePSM’ (PERSEDIAAN AWAL SSR)

BALING 19 DIS – Satu Program Santai ‘ HRMIS & ePSM’ bagi persediaan awal untuk SSR 2020. Program telah dijalankan jam 9.00pagi di Bilik Mesyuarat, Pejabat Tanah Baling. Terima kasih atas kehadiran kakitangan dalam program tersebut.

PERJUMPAAN KAKITANGAN BERSAMA KPPD KANAN (PENGURUSAN TANAH)

BALING 16 Dis – Satu perjumpaan bersama Penolong Pegawai Daerah (Penguatkuasaan, Teknikal dan HAsil) juga merangkap KPPD Kanan (Pengurusan Tanah) bersama kakitangan Pejabat Tanah Baling bagi membincangan perkara berkaitan penyertaan Jabatan untuk SSR 2020. Kehadiran kakitangan dalam perjumpaan tersebut adalah diwajibkan.

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA

Baling 16 Dis – Satu program gotong royong perdana telah diadakan di Pejabat Tanah Baling bagi membersihkan kawasan persekitaran dan mengemas barang-barang yang tidak diperlukan bagi memastikan kebersihan kawasan persekitaran terjamin dan terjaga. Kerjasama dari seluruh warga kerja Pejabat Tanah Baling amatlah dihargai.

advanced-floating-content-close-btn