Author: Mohd Syuhada

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

LE TOUR DE LANGKAWI TAHUN 2022 PERINGKAT KE-7

  17 Oktober 2022 (Isnin) – Pelepasan peringkat 7 pelumba yang berlepas dari Pekan Kuah dan berakhir di Pekan Kuah (Loop) dengan jarak sejauh 107.1km. Majlis pelepasan Peringkat Ketujuh telah disempurnakan oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohammad, Penaung PETRONAS LTdl 2022. Turut hadir sama YBhg. Dato’ Jana Santhiran Muniayan, KSU KBS, dan Pegawai Daerah Langkawi.…
Read more

KUNJUNGAN PEGAWAI DAERAH LANGKAWI KE PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KANAK-KANAK (PICKids)

17 Februari 2022: Pegawai Daerah Langkawi, Dato’ Abdul Gafar bin Yahya telah berbesar hati mengunjungi Pusat Vaksin Dewan Syifa sempena Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) Daerah Langkawi bagi melihat dan meninjau perkembangan di pusat vaksin berkenaan.

PERJUMPAAN DATO’ PEGAWAI DAERAH BERSAMA KETUA-KETUA UNIT PEJABAT DAERAH DAN TANAH LANGKAWI

09 Februari 2022 – Satu perjumpaan antara Yang Berbahagia Dato’ Abdul Gafar bin Yahya, Pegawai Daerah Langkawi bersama Ketua-Ketua Unit, Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi telah diadakan pada 9 Februari 2022 yang lalu bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi sebagai sesi perkenalan dan ramah mesra bagi meraikan Yang Berbahagia Dato’ Pegawai Daerah…
Read more

PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS KEPADA DATO’ PEGAWAI DAERAH LANGKAWI

9 Februari 2022 : Telah berlangsung satu sesi penyerahan nota serah tugas Pegawai Daerah Langkawi yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Tuan Haji Zulkifli bin Abdullah kepada Dato’ Abdul Gafar Bin Yahya.

MAJLIS PENYERAHAN KAD KIDA (KASIH IBU DARUL AMAN) PERINGKAT DAERAH LANGKAWI

11 Disember 2021 – Telah berlangsung Majlis Penyerahan Kad KIDA (Kasih Ibu Darul Aman) yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Langkawi, Tuan Haji Saiful Anwar Bin Azmi. Turut hadir bersama ialah YB Dato’ Juhari bin Bulat, Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah merangkap ADUN Ayer Hangat, dan En. Fauzan bin Ismail, Ketua Wilayah NCER Kedah/Perlis.

PELANCARAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI KEDAH DI DAERAH LANGKAWI

09 Oktober 2021 – Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah merasmikan HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI KEDAH yang bertempat di Dataran Chenang, Langkawi. Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor merasmikan Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Negeri Kedah di Dataran Chenang, Langkawi, hari ini. Hari Sukan Negara diadakan pada hari Sabtu minggu kedua bulan…
Read more

KUNJUNG HORMAT PEGAWAI DAERAH YAN KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH LANGKAWI

30 September 2021 – Pejabat Daerah Dan Tanah Langkawi hari ini menerima kunjungan hormat serta lawatan ke Pusat Operasi Bencana Daerah Langkawi dan Pusat Kawalan 5G Langkawi oleh Pegawai Daerah Yan, YM Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muzaffar Shah. Turut hadir bersama ialah Tuan Syed Amaluddin Hafeez Bin Syed Musa, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan…
Read more

advanced-floating-content-close-btn