Author: Suzilawati Md.Yahaya

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

KAUNTER BERGERAK KUTIPAN CUKAI TANAH 29-30 JUN 2020 (TESCO JITRA)

KUBANG PASU 30 JUN – Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu telah mengadakan Kaunter Bergerak Kutipan Cukai Tanah pada 29 dan 30 Jun 2020 (Isnin dan Selasa ) bermula pada jam 9.00 pagi – 2.00 petang bertempat di Tapak Letak Kenderaan TESCO, Jitra. Pembukaan kaunter pada kali ini telah mendapat sambutan orang ramai.

KAUNTER BERGERAK KUTIPAN CUKAI TANAH 22-23 JUN 2020 (TESCO JITRA)

KUBANG PASU 23 JUN – Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu telah mengadakan Kaunter Bergerak Kutipan Cukai Tanah pada 22 dan 23 Jun 2020 ( Isnin dan Selasa ) bermula pada jam 9.00 pagi – 2.00 petang bertempat di Tapak Letak Kenderaan TESCO, Jitra. pembukaan kaunter pada kali ini telah mendapat sambutan orang ramai.

MESYUARAT JAWATANKUASA ‘FOKUS GROUP’

KUBANG PASU 18 JUN – Pegawai Daerah Kubang Pasu, Dato’ Haji Fisol bin Md Noh mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa ‘Focus Group’ peringkat daerah Kubang Pasu kali ke 2/2020 pada 18 Jun 2020. Jawatankuasa ini memfokuskan halatuju pembangunan ekonomi B40 dan menyelaras dan menilai semula ransangan ekonomi baru dan sedia ada. ADUN Bukit Kayu Hitam,YB Hajah Halimaton…
Read more

LAWATAN KE LADANG HAJI KAMAL

KUBANG PASU 16 JUN- Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah) bersama-sama Penghulu Mukim Sanglang dan juga Pegawai Mada membuat lawatan ke Ladang Haji Kamal yang mengusahakan projek lembu baka dan lawatan kepada Pengusaha tanaman harumanis kedah pada 16 Jun 2020 bertempat di mukim Sanglang.  

“DO KUBANG PASU TURUN PADANG”

KUBANG PASU 14 JUN-Pegawai Daerah Kubang Pasu Dato’ Haji Fisol bin Md Noh melawat pejabat penghulu Mukim Kepelu iaitu Encik Helmey bin Mohd Saad. Meninjau keaadaan sekitar Pekan Kodiang, Mukim Kepelu dalam tempoh PKPP ini semada peniaga dan masyarakat setempat mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan pada 14 Jun 2020 (Ahad). Pegawai Daerah ingin memastikan…
Read more

LAWATAN PEGAWAI DAERAH KUBANG PASU KE KEDIAMAN MANGSA TRAGEDI KEBAKARAN

KUBANG PASU 03 Jun – Pegawai Daerah Kubang Pasu, Ybhg. Dato’ Haji Mohd Fisol Bin Md Noh telah mengadakan lawatan ke rumah kediaman mangsa tragedi kebakaran di Kampung Gandai, Mukim Jerlun pada pada 03 Jun 2020 (Rabu). Beliau juga turut menyampaikan sumbangan daripada Kerajaan Negeri Kedah kepada mangsa yang terlibat. Semoga mangsa tabah menghadapi ujian…
Read more

MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH KUBANG PASU

KUBANG PASU 08 MAC – Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu dan Majlis Perbandaran Kubang Pasu telah mengadakan Perhimpunan Pagi bagi Kompleks Pentadbiran Daerah Kubang Pasu pada 08 Mac 2020 (Ahad) bermula pada jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Tunku Anum. Ucapan bagi Perhimpunan pagi pada kali ini telah disampaikan oleh Pegawai Daerah Kubang Pasu…
Read more

KARNIVAL LELONGAN AWAM PDTKP BIL 2/2020

KUBANG PASU 08 Mac  – Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu telah mengadakan Karnival Lelongan Awam pada 05 Mac 2020 (Khamis) bertempat di Perkarangan Pejabat Tanah Kubang Pasu. Proses pendaftaran bagi lelongan bermula pada jam 10.00 pagi. Peguam dan Pemegang Gadaian yang hadir adalah seramai 3 orang dan Lelongan pada kali ini telah melibatkan 9…
Read more

KAUNTER BERGERAK KUTIPAN CUKAI TANAH PDTKP (4-7 MAC 2020)

KUBANG PASU 08 Mac – Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu telah mengadakan Kaunter Bergerak Kutipan Cukai Tanah pada 4,5,6 dan 7 Mac 2020 (Rabu,Khamis,Jumaat dan Sabtu) bertempat di Tapak Pasar Malam Changlun, Pasar Pagi Pekan Tunjang, Pasar Pagi Taman Sri Aman(C-Mart BDI) dan Pasar Pagi Nat Pekan Kodiang. Kaunter yang dibuka telah mendapat sambutan…
Read more

KAUNTER BERGERAK KUTIPAN CUKAI TANAH (MASJID JAMEK PEKAN KODIANG)

KUBANG PASU 01 Mac – Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu telah mengadakan Kaunter Bergerak Kutipan Cukai Tanah pada 29 Februari 2020 (Sabtu) bertempat di Masjid Jamek Pekan Kodiang sempena Program Mulakan Langkahmu ke Masjid.

advanced-floating-content-close-btn