BENGKEL PENYEDIAAN MYPORTFOLIO PEJABAT DAERAH DAN TANAH PENDANG (PEMURNIAN MYPORTFOLIO)

BENGKEL PENYEDIAAN MYPORTFOLIO PEJABAT DAERAH DAN TANAH PENDANG (PEMURNIAN MYPORTFOLIO)

ALOR SETAR, 19 FEBRUARI 2020 – Pejabat Daerah Dan Tanah Pendang telah menganjurkan Bengkel Penyediaan MyPortfolio Pejabat Daerah Dan Tanah Pendang (Pemurnian MyPortfolio) bertarikh 17hb hingga 18hb Februari 2020 bertempat Makmal Aplikasi, Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri Kedah Darul Aman (BTMK). Objektif bengkel ini diadakan ialah sebagai instrumen bagi melengkapkan dan memperkemaskan MyPortfolio kakitangan yang sedia ada, menambah dan memperkukuhkan pengetahuan kakitangan terhadap merekabentuk prosedur kerja dan carta alir di dalam MyPortfolio dan membantu Kakitangan dalam melancarkan pelaksanaan MyPortfolio di dalam Pejabat Daerah Dan Tanah Pendang. Pemudah Cara bengkel ini ialah En Mohd Sahrul Nizam Bin Jaafar, Penolong Perunding Latihan (Holistik 1) Intura. Bengkel ini disertai oleh 40 orang yang melibatkan semua ketua unit dan kakitangan jabatan.