PROGRAM KESEDARAN DAN PENCEGAHAN DADAH

PROGRAM KESEDARAN DAN PENCEGAHAN DADAH

KULIM, 16 Februari 2020 – PEMADAM Daerah Kulim serta Pejabat Daerah dan Tanah Kulim telah menganjurkan Program Kesedaran dan Pencegahan Dadah. Program berkenaan telah diadakan di Dewan Serbaguna Kilang Lama Kulim Kedah. Program berkenaan di anjurkan adalah bertujuan bagi mendedahkan selok – belok kesedaran mengenai penyalahgunaan najis dadah serta cara – cara pencegahannya. Pihak AADK Daerah Kulim serta PDRM Daerah adalah Badan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan program berkenaan. Pada majlis tersebut, Y.BHG, Dato’ Abdul Gafar yang mewakili Tuan Pegawai Daerah Kulim telah merasmikan program berkenaan.