FUNGSI

FUNGSI

FUNGSI PEJABAT DAERAH KUBANG PASU

UNIT PENTADBIRAN

  • Memastikan pengutipan hasil kerajaan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
  • Memastikan pengeluaran lesen dan penguatkuasaan undang-undang di bawah akta yang terletak di bawah undang-undang kuasa pejabat daerah dilaksanakan dengan sewajarnya.

UNIT PEMBANGUNAN

  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan projek pembangunan untuk kesejahteraan rakyat hingga ke peringkat yang maksima dalam mencapai wawasan Negara.
  • Meningkatkan usaha untuk memperbaiki dan meninggikan taraf hidup penduduk luar Bandar terutama dalam membasmi kemiskinan.

 

FUNGSI PEJABAT TANAH KUBANG PASU

  • Merancang pembangunan dan guna tanah bagi tujuan pertanian, perumahan, perniagaan dan sebagainya selaras dengan perkembangan ekonomi semasa.
  • Menyediakan maklumat mengenai kegunaan dan pemilikan tanah.
  • Menguruskan proses pengurniaan dan pembangunan tanah serta urusniaga seperti gadaian, hakmilik, pajakan dan proses bukan urusniaga seperti kaveat, ubahsyarat, perizaban perintah mahkamah dan sebagainya.
  • Mengawal dan merancang hasil melalui cukai tanah, lesen pendudukan sementara, permit bahan batuan, denda premium, urusniaga atau bukan urusniaga dan sebagainya.
  • Melaksanakan peraturan dan penguatkuasaan undang-undang tanah berdasarkan perundangan sedia ada.