FUNGSI

FUNGSI

FUNGSI PEJABAT DAERAH POKOK SENA

  • Mengurus dan mentadbir Daerah Pokok Sena dan diketuai oleh seorang Pegawai Daerah Pokok Sena.
  • Bertanggungjawab ke atas pengurusan tanah dan pembangunan daerah.
  • Merancang pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial daerah.
  • Bertanggungjawab untuk menyelaraskan kegiatan semua cawangan agensi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat yang terdapat di dalam daerah.
  • Memainkan peranan penting di dalam menjayakan ‘Dasar Pembangunan Nasional’ melalui polisi-polisi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
  • Menyampaikan dan menyalurkan dasar-dasar kerajaan di peringkat daerah.

FUNGSI PEJABAT TANAH POKOK SENA

  • Mewujudkan sistem pengurusan dan pentadbiran tanah daerah yang kemaskini dan berkesan.
  • Memproses pelupusan tanah-tanah kerajaan, agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat dan orang perseorangan.
  • Mengurus dan mengelola serta melaksanakan dasar-dasar pembangunan tanah.
  • Mengurus kutipan cukai tanah dan lain-lain yang berkaitan sebagai hasil kerajaan.
  • Menjalankan penguatkuasaan undang-undang tanah mengikut Kanun Tanah Negara, Akta Tanah Kedah, dan lain-lain Undang-undang yang berkaitan.