FUNGSI

FUNGSI

FUNGSI PEJABAT DAERAH LANGKAWI

Merancang, menyelaras, dan melaksanakan pembangunan daerah dan menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk Langkawi bagi memastikan daerah Langkawi dilengkapi dengan kemudahan dan infra yang kondusif kepada penduduk serta pelancong. Pejabat Daerah juga berfungsi sebagai agensi induk yang menyelaras segala projek dan program di daerah agar segala agenda Kerajaan dapat disalurkan kepada penduduk Langkawi.

FUNGSI PEJABAT TANAH LANGKAWI

Menguruskan pembangunan tanah supaya ianya dijalankan secara teratur dan terancang serta menepati kehendak-kehendak peraturan undang-undang.
Menyediakan maklumat serta data asas yang diperlukan untuk analisa perancangan dan pengurusan tanah.
Menyimpan, mengurus dan mengemaskini dokumen-dokumen hakmilik tanah.
Menganjurkan program latihan dan kursus kepada kakitangan pentadbiran tanah.